
Sorotan Utama:
Lokasi: Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.
Jenis Hartanah: Pangsapuri (Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia).
Hak Milik: Pegangan Pajakan (Leasehold).
Keluasan Binaan: 869 kps – Saiz yang luas dan selesa bagi kategori rumah mampu milik.
Susun Atur: 3 Bilik Tidur + 2 Bilik Air.
Apakah Skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia?
PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.
Skim ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.
Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri / Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini.
Let us guide you every step of the way from your first search to the keys in your hand.
Mon – Fri: 9am – 6pm